Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Friday 30 December 2011

Menyusun Azam 2012



Assalamualaikum... Lama x mengupdate blog. Ermmmm cuti krismas yg lepas aku gi holiday wif family. Next entry aku story plak pasal percutian aku yg lepas ye. Untuk entry kali ni aku nak cerita skit pasal azam utk tahun 2012 yg tggal beberapa hari saja lagi akan menjelang. Berlabuh la sudah tirai utk tahun 2011. Masih seperti biasa aku punya azam mesti ada yg kena di carry forward kan ke tahun hadapanya. Benda ni mmg agak berat bagi diri aku utk tinggalkan tabiat yg satu ni. Huhuhuhu apa lagi kalau bukan "shopping". Aku cuba utk tanam sifat supaya tidak menjuruskan ke arus pembaziran tapiiiiiii......... Apa boleh buat syaiton sentiasa berbisik kat telinga aku ni supaya sentiasa membazir. Aku x salahkan syaiton sbb keje dia mmg menghasut manusia utk buat sesuatu yg buruk2 belaka kan... yg salahnya diri aku sendiri yg tak pernah beringat dan beristighfar sebelum membeli. So azam yg satu ni nampak gayanya masih terpaksa di carry forward kan ke tahun 2012. Aduhhhh kadang2 kan malu kat diri sendiri rasa cam x ada perubahan kat diri sendiri. Tapi apa boleh buat aku juga manusia biasa yg sentiasa melakukan kesilapan tanpa disedari. Insyaalah 2012 aku akn cuba buat yg terbaik utk diri aku dan keluarga ku yg tercinta. Aku juga akan cuba menjadi isteri yg solehah dan ibu yg terbaik utk anak aku. Dan tidak lupa tanggungjawab aku sebagai umat islam aku ingin menjadi wanita solehah dan perbanyakkan melakukan ibadah dalam kehidupan seharian aku insyaallah. Sama2 lah kita mendoakan yg terbaik utk keluarga kita dan sahabat2 kita serta saudara sesama islam kita. :)


Selamat Tinggal 2011 "Selamat Datang 2012"

Tuesday 20 December 2011

WordlessWednesday - Si Kerinting Pujaan Hatiku :)

1 Tahun 8 Bulan - Gaya dah mcm org besor dan Rambut semakin "awan nano" :p



Sumber gambar : Curik dari enset MakUsu dia :p



Sumber gambar : Curik jugak dr enset PapaTok :p



Sumber gambar : Curik jugak dr enset Walid :p



Terima Kasih kpd yg sudi menyumbangkan gambar2 candid si pujaan hati saya ini... :)

Tuesday 13 December 2011

Asma Ul Husna Fadhilat dan Khasiatnya

Allah s.w.t. telah berfirman yang bermaksud:

"ALLAH mempunyai Asmaa-Ul-Husna (nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat ALLAH S.W.T.), maka bermohonlah kepadaNya dengan menyebut asmaa-ul-husna itu." - (Surah Al-A'raf:180)

"Katakanlah: "Serulah ALLAH atau serulah AR-RAHMAN. Dengan nama yang mana saja kamu seru. Dia mempunyai al asmaul husna (nama-nama yang terbaik)

"Dialah ALLAH, tiada Tuhan melainkan Dia, Dia mempunyai al-asmaul-husna (nama-nama yang baik)"- (Surah Thaha:8)

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda:

"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai 99 nama, iaitu seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal seluruhnya) masuklah ia kedalam syurga" - Riwayat Bukhari



ALLAHU Ertinya Yang mengeluarkan sekelian makhluk dari tiada menjadi ada.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang menbacanya 5000 kali tiap-tiap hari, Insyaallah akan dimurahkan rezekinya, dan jika dibaca 66 kali sampai 66 hari setelah sembahyang fardhu, maka akan menjadi sebutan orang besar dan mendapat kebaikan yang banyak.

AR RAHMAANU Ertinya Kasihsayang kepada hambaNya didunia.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mebacanya tiap-tiap selesai sembahyang fardu sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan terjaga dari sifat lupa dan lalai.

AR RAHIIMU Ertinya Yang Kasihsayang kepada orang-orang mukmin pada hari Akhir

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah hatinya akan selalu mempunyai sifat kasih sayang akan sesama makhluk Allah s.w.t.

AL MALIKU Ertinya Yang Mempunyai Kerajaan

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 121 kali kemudian daripada fajar atau tergelincirnya, Insyaallah akan dikayakan dengan sebab atau dengan pintu yang dibukakan Allah s.w.t. baginya.

AL QUDDUUSU Ertinya Yang Maha Suci

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir dengan khalimat ini pada tiap-tiap hari ketika tergelincir matahari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan menjadi bersih hatinya, dan barangsiapa yang berzikir 1000 kali, Insyaallah akan diselamatkan daripada bala.

AS SALAAMU Ertinya Sejahtera daripada kekurangan

KHASIATNYA: Apabila dibacakan kepada orang yang sakit kepala sebanyak 121 kali atau 136 kali dengan suara yang sekiranya dapat didengar oleh orang yang sakit dan dengan mengangkat kedua belah tangan, Insyaallah akan disembuhkan dengan khalimatNya selama tidak datang ajalnya atau dikurangkan daripada sakitmya.

AL MU'MINU Ertinya Yang Mengimamkan hambaNya

KHASIATNYA: Apabila dibacakan akan khalimat ini sebanyak 136 kali oleh orang yang merasa ketakutan akan sesuatu, maka ia akan merasa aman dari apa yang ditakutkannya, dan apabila dibaca oleh orang yang beriman, maka ia akan bertambah imannya.

AL MUHAIMINU Ertinya Yang Sangat Menyintai dan Memelihara.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya 100 kali setelah sembahyang sunat dua rakaat (terutama diwaktu tengah malam), Insyaallah akan dibersihkan zahir dan batinnya dan tetap bercahaya hatinya, dan barang siapa yang membacanya sebanyak 145 kali setelah sembahyang Isyak, Insyaallah akan kuat khafazhnya.

AL'AZIIZ Ertinya Yang Menyalahkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 40 kali tiap-tiap hari selama 40 hari dan yang lebih baik dibaca setelah sembahyang Subuh, Insyaallah akan dikayakan dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. dan tidak dihajatkan dia kepada seseorang dari makhlukNya.

AL- JABBAARU Ertinya Yang Sangat Gagah.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 206 kali atau 226 kali pada pagi dan petang, Insyaallah tidak akan boleh orang yang zalim dan Allah s.w.t. akan membalas bagi orang zalim itu siksa baginya.

AL MUTAKABBIRU Ertinya Yang Maha Besar.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap hari sebanyak 662 kali, Insyaallah orang yang takabur itu akan tunduk kepadanya.

AL KHAALIQU Ertinya Yang Menciptakan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir waktu tengah malam sebanyak 731 kali, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan dirinya, dan barangsiapa yang kehilangan hartanya atau lama ditunggalkan orang yang dikasihinya, maka bacalah sebanyak 5000 kali, Insyaallah ia akan datang dengan perintah Allah s.w.t..

AL BAARI-U Ertinya Yang Menerbitkan Makhluk.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir pada siang hari sebanyak 100 kali, Insyaallah ia akan selemat dari kebinasaan dan tidak akan merasa takut ia didalam kubur, dan barangsiapa yang apabila dibacanya pada malam hari selama 7 malam berturut-turut dan pada tiap-tiap malam dibaca 100 kali, Insyaallah akan disembuhkan segala penyakit dalam tangannya.

AL MUSHAWWIRU Ertinya Yang Merupakan Makhluk.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 336 kali atau lebih, maka Insyaallah akan menjadi baik segala perbuatannya atau apa yang dikerjakannya.

AL GHAFFAARU Ertinya Sangat Mengampuni.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir 100 kali sambil mengiringi sembahyang Jumaat, Insyaallah zahir baginya akan mendapat keampunan.

AL QAHHAARU Ertinya Yang Sangat Keras.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari dan malam sebanyak 306 kali atau lebih, Insyaallah keluar dari hatinya cinta dunia dan kebesaran barang lain daripada Allah s.w.t. dan zahir baginya pertolongan Allah s.w.t. atas musuhnya, dan barangsiapa yang adanya hajat lalu berzikir 100 kali kemudian mengangkat kedua tangannya dan membuka akan kepalanya, Insyaallah ditunaikan hajatnya.

AL WAHHAABU Ertinya Yang Sangat Memberi.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang kekal mewiridkannya tiap-tiap hari atau tiap-tiap selesai sembahyang fardhu yang lima waktu sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dikabul dan hebat baginya kekayaan dan kebesarannya, dan barangsiapa mengekalkan membacanya pada akhir sujud sembahyang dhuha sebanyak 40 kali, Insyaallah dimudahkan baginya kekayaan yang mudah dan hebat.

AR RAZZAQU Ertinya Yang Sangat Memberi Rezeki.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mengekalkan membaca tiap-tiap hari 308 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya kepada raja dan pemerintah dan jika mengkehendaki akan dimarahinya itu, maka berhentilah berbetulan orang yang dituntut, dan apabila berzikir 17 kali, Insyaallah ditunaikan hajatnya dan barangsiapa yang berzikir sebanyak 20 hari berturut-turut dan tiap-tiap hari 20 kali pada pagi sebelum makan dan minum, Insyaallah akan diberikan padanya faham yang dalam dan sempurna.

AL FATTAHU Ertinya Yang Membuka Khazanah Rahmat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap selesai sembahyang Subuh sebanyak 71 kali dengan tangannya dihantarkan keatas dada, Insyaallah hatinya akan bersih dan bercahaya, dimudahkan segala pekerjaan dan keluar cinta dunia dari hatinya.

AL'ALIIMU Ertinya Mengetahui.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir tiap-tiap setelah selesai sembahyang lima waktu sebanyak 100 kali, Insyaallah akan mendapatkan ilmu ma'rifat dan kasyaf serta iman yang sempurna.

AL QAABIDHU Ertinya Yang Menggenggam, Menyempitkan Rezeki dan Menguranginya bagi seseorang yang disempitkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 100 kali, Insyaallah akan terhindar dari pengancamnya.

AL BAASITHU Ertinya Maha Melapangkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selesai sembahyang dhuha 10 kali, Insyaallah akan diluaskan rezeki dan ilmunya.

AL KHAAFIDHU Ertinya Yang Menurunkan.

KHASIATNYA: Apabila diamalkan setiap hari dalam keadaan khusyuk dan bersih (berwuduk) sebanyak 500 kali pasti dijatuhkan martabat musuh atau lawan penentangnya serta dikabulkan hajatnya.

AR RAAFI'U Ertinya Maha Mengangkat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari terutama pada malam hari sebanyak 70 kali, pasti hartanya akan dijaga dari pencuri, perompak, penipuan dan sebagainya.

AL MU'IZZU Ertinya Maha Menang dan memberi kepada yang dikehendakiNya.

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kewibawaan orang banyak apabila dibaca setiap hari sebanyak 140 kali.

AL MUDZILLU Ertinya Yang Merendahkan atau Menghinakan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 75 kali kemudian sembahyang dan didalam sujud sebutkan namanya yang ditakuti itu, Insyaallah akan aman mereka daripadanya dan apabila dibaca 1000 kali pada tiap-tiap hari selama 7 hari, Insyaallah akan ditolakkan musuh daripadanya.

AS SAMII'U Ertinya Maha Mendengar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 500 kali , setelah selesai sembahyang dhuha pada hari Khamis, maka doanya akan ditunaikan oleh Allah s.w.t. dan akan disembuhkan pendengarannya daripada penyakit tuli atau pendengarannya akan menjadi baik.

AL BASHIIRU Ertinya Maha Melihat.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebelum sembahyang Jumaat dimulai sebanyak 100 kali pasti fikirannya akan bertambah cerdas dan hatinya akan terbuka.

AL HAKAMU Ertinya Yang Menetapkan Hukum-hukum MakhlukNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sunyi serta suci dari hadas dan najis sebanyak 68 kali, Insyaallah akan dijadikan hatinya tempat rahsia dan hikmah ilmu agama.

AL'ADLU Ertinya Yang Maha Adil.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang lima waktu 104 kali pasti ia akan menjadi pemutus hukum yang adil dan akan merasa tertarik hati orang lain kepadanya.

AL LATHIIFU Ertinya Yang Maha Halus.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 129 kali atau 130 kali, Insyaallah usahanya atau perniagaannya akan maju dan akan merasa kejayaan dalam pekerjaannya.

AL KHABIIRU Ertinya Yang Maha Mengetahui atau Waspada.

KHASIATNYA: Apabila dibaca selama 7 hari dan tiap-tiap hari sebanyak 812 kali, Insyaallah akan datang kepadanya rahmat dengan segala khabar yang dikehendaki.

AL HALIIMU Ertinya Maha Penyayang dan Penyabar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sesudah sembahyang 5 waktu sebanyak 88 kali pasti ia akan dipelihara dari pangkatnya, jabatan atau kedudukannya.

AL'AZHIIMU Ertinya Maha Agung.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 12 kali maka Insyaallah penyakit akan segera sembuh dan akan terhindar dari kejahatan.

AL GHAFUURU Ertinya Maha Pengampun.

KHASIATNYA: Barangsiapa menuliskan atas orang yang sakit demam bacalah sebanyak 3 kali, Insyaallah akan segera sembuhlah ia.

ASY SYAKUURU Ertinya Yang Sangat Syukur.

KHASIATNYA: Apabila menuliskan sebanyak 40 kali oleh orang yang sesak nafas atau penat badan atau dhaif mata dan dihapuskannya dengan iri dan sapukan iri itu kepada badannya atau matanya dan diminumkan, Insyaallah akan mendapat berkat.

AL'ALIYYU Ertinya Yang Maha Tinggi Martabatnya.

KHASIATNYA: Apabila ditulis pada kertas dan direndamkan pada segelas air (tulisannya sebanyak 110 kali) kemudian airnya diminumkan kepada anak kecil, Insyaallah dia akan menjadi anak yang cerdas dan pandai.

AL KABIIRU Ertinya Yang Maha Besar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca dalam masa 7 hari sesudah melakukan sembahyang hajat sebanyak 1000 kali setiap malam, Insyaallah akan dikembalikan lagi jabatannya, pekerjaannya selama bukan dipecat kerana kecurangan atau kerana makan hasil rasuah dan lain-lain.

AL HAFIIZHU Ertinya Yang Maha Memelihara.

KHASIATNYA: Untuk menjaga keselamatan diri dari binatang buas atau dari hantu malam, dibaca sebanyak 99 kali pasti akan diselamatkan dan terhindar daripada segala gangguan tersebut diatas.

AL MUQI ITU Ertinya Yang menjadikan makanan.

KHASIATNYA: Untuk melepaskan rasa haus dan lapar dibaca selama terkena penderitaan itu (bacalah sebanyak-banyaknya) Insyaallah akan sembuh.

AL HASIIBU Ertinya Yang Menghisab atau Menghitung.

KHASIATNYA: Untuk menguatkan jabatan atau pekerjaan yang dipegangnya apabila dibaca setiap selesai sembahyang Subuh atau sebelum terbit matahari dan petang (sesudah sembahyang Maghrib), Insyaallah akan dijaga kedudukannya/jabatannya atau pekerjaannya. Bacalah sebanyak 777 kali.

AL JALIILU Ertinya Yang Maha Agung dan Mulia.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (jam 2.30 pagi) sebanyak 73 kali pasti usahanya, pekerjaannya atau kedudukannya akan meningkat dengan sangat menghairankan.

AL KARIIMU Ertinya Mulia atau Yang Maha Pemurah.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang mewiridkan pada tiap-tiap kali hendak tidur sebanyak 270 kali atau lebih, maka Insyaallah akan mendapat kemurahan dan kemuliaan dunia akirat.

AR RAQIIBU Ertinya Yang Maha Mengamati/Mengintai

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 50 kali pada setiap hari, Insyaallah segala harta dan barangnya akan aman dari kecurian dan lain-lain.

AL MAJIIBU Ertinya Yang Memperkenankan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyang Subuh setiap hari sebanyak 55 kali, Insyaallah semua hajatnya dikabulkan oleh Allah s.w.t.

AL WAASI'U Ertinya Maha Luas KepunyaanNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 128 kali pasti dilepaskan kesulitannya dan dipelihara dari orang yang hasad.

AL HAKIIMU Ertinya Yang Maha Bijaksana

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap pagi (waktu pagi, petang atau malam) sebanyak 300kali, insyaallah akan menjadi cerdas akal fikirannya sehingga dengan mudah akan menerima ilmu-ilmu apapun.

AL WADUUDU Ertinya Maha Mencintai orang-orang yang beriman

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 11,000 kali pasti akan dikabulkan segala hajatnya dan akan dicintai orang dan mententeramkan keluarga dalam rumahtangga.

AL MAJIIDU Ertinya Yang Maha Mulia dan Maha Luhur.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 99 kali, Insyaallah semuanya akan terasa aman dan tenteram semua anggota keluarganya.

AL BAA'ITSU Ertinya Maha membangkitkan makhlukNya dihari kemudian.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 100 kali dengan tangan diletakkan didada, pasti Allah s.w.t.. akan memberinya lapang ilmu dan hikmah.

ASY SYAHIIDU Ertinya Maha Menyaksikan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap malam sebanyak 319 kali pasti akan menyedarkan orang atau keluarga selalu menentangnya atau membangkang.

AL HAQQU Ertinya Maha Besar.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari, maka Insyaallah keimanannya akan semakin bertambah.

AL WAKIILU Ertinya Maha Melaksanakan Urusan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Dapat menjaga ketakutan daripada marabahaya seperti bencana banjir, angin ribut, gempa bumi dan lain-lain. Maka banyak-banyaklah membaca khalimah ini dan juga apabila dibaca pada tiap-tiap hari atau malam sebanyak 66 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan baginya pintu kebaikan dan rezekinya.

AL QAWIYYU Ertinya Yang Maha Kuat.

KHASIATNYA: Apabila dizalimi orang, maka bacalah sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dilepaskan ia daripadanya.

AL MATIINU Ertinya Maha Sempurna KekuatanNya.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kekuatan terutama diwaktu dalam pertempuran, dibaca sebanyak-banyaknya (keduanya AL QAWIYYU dan AL QAWIYYU), Insyaallah kekuatan akan pulih seperti semula.

AL HAMIIDU Ertinya Yang Terpuji.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setelah selesai sembahyanh Maghrib dan Subuh sebanyak 62 kali, Insyaallah segala perkataan dan perbuatannya akan selalu terpuji.

AL MUHSHII Ertinya Yang Memperhitungkan setiap amal makhlukNya, dan Membalasnya.

KHASIATNYA: Apabila dibacakan 20 kali kepada roti atau makanan lainnya kemudian kepada orang yang dikehendakinya,Insyaallah ia akan tunduk.

AL MUBDI-U Ertinya Yang Menzahirkan MakhlukNya.

KHASIATNYA: Untuk menjayakan segala yang dirancangkan, dibaca setiap hari sebanyak 470 kali, Insyaallah apa yang direncanakan itu akan terwujud atau berhasil dengan baik.

AL MU'IIDU Ertinya Yang Mengembalikan.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan atau mencari sesuatu yang hilang, dibaca setiap sebelum sembahyang fardhu lima waktu sebanyak 124 kali, Insyaallah dengan kehendak dan izin Allah s.w.t. akan kembali lagi.

AL MUHYI Ertinya Yang Menghidupkan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap hari sebanyak 58 kali, pasti akan memperolehi kemuliaan dan mengingkat darjatnya berkat nama yang dibaca.

AL MUMIITU Ertinya Yang Mematikan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 490 kali atau lebih, maka Insyaallah akan dapat menundukkan nafsu dan akan berbuat taat.

AL HAYYU Ertinya Yang Hidup.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 300,000 kali, Insyaallah akan terhindar dari penyakit.

AL QAYYUUM Ertinya Yang Berdiri Sendiri.

KHASIATNYA: Apabila dibaca keduanya (Ya Hayyu Ya Qayyuum) setiap hari diwaktu malam yang sunyi sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya dan akan menjadi hartawan dan dermawan serta disenangi kawan dan disegani lawan juga besar kewibawaannya.

AL WAAJIDU Ertinya Zat yang menemukan apa yang Dia kehendaki.

KHASIATNYA: Untuk menumbuhkan kepercayaan pada diri sendiri.

AL MAAJIDU Ertinya Maha Agung dan Mulia.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 400 kali tiap-tiap pagi dan petang maka akan terang hatinya.

AL WAAHIDU Ertinya Mendapat apa yang dikehendakiNya.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap ba'da sembahyang lima waktu sebanyak 190 kali dalam masa satu bulan dan berpuasa pada hari Isnin dan Khamis, Insyaallah segala hajatnya akan dikabulkan dan akan diberi keturunan.

ASH SHAMADU Ertinya Tempat bergantung bagi semua makhlukNya.

KHASIATNYA: Untuk memohon apa saja yang dihajatkan. Dibacakan sebanyak 313 kali dalam waktu tiga hari (disertai puasa selama tiga hari juga),Insyaallah akan dikabulkan segala macam hajatnya.

AL QAADIRU Ertinya Maha Kuasa atas segala sesuatu.

KHASIATNYA: Apabila dibaca sebanyak 200 kali setelah melaksanakan sembahyang sunat dua rakaat ketika dalam keadaan dha'ir, Insyaallah akan mendapat kekuatan.

AL MUQTADIRU Ertinya Yang Sangat Kuasa.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 100 kali setelah bangun tidur, Insyaallah ia akan mendapat hidayah dan petunjuk dari Allah s.w.t.

AL MUQADDIMU Ertinya Zat yang mendahulukan.

KHASIATNYA: Untuk menyegarakan apa yang diinginkan, dibaca setiap hari sebanyak 184 kali pasti dengan cepat tercapai apa yang diinginkannya dan barangsiapa yang mewiridkan / membacakan ketika masuk kemedan perang, Insyaallah tidak akan mendapat kemudhratan.

AL MUAKHHIRU Ertinya Zat yang mengakhirkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali atau lebih, Insyaallah akan dibukakan pintu taufiq dan taubat baginya.

AL AWWALU Ertinya Yang terdahulu dengan tiada permulaan.

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 37 kali, Insyaallah akan dikabulkan hajatnya.

AL AKHIIRU Ertinya Yang kemudian dan tiada berkesudahan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca setiap selesai sembahyang Isyak sebanyak 1000 kali, Insyaallah hatinya akan bersih dan bertambah kebaikan diakhir umurnya.

AZH ZHAHIIRU Ertinya Maha Nyata.

KHASIATNYA: Agar terbukanya segala ilmu, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 1106 kali dalam masa satu bulan, pasti akan mendapat ilmu-ilmu yang jarang dimiliki oleh orang biasa.

AL BAATHINU Ertinya Zat yang Maha Ghaib.

KHASIATNYA: Untuk ilmu yang jarang dimiliki oleh manusia baisa, dibaca setiap ba'da sembahyang fardu lima waktu sebanyak 30 kali, pasti akan dikabulkan ilmu-ilmu yamg jarang dimiliki oleh manusia.

AL WAALIYY Ertinya Maha menguasai dan mengurus semua urusan makhlukNya.

KHASIATNYA: Agar terbuka hatinya, dibaca setiap pagi dan petang sebanyak-banyaknya, pasti hatinya akan terbuka atau futuh.

AL MUTA'AALII Ertinya Yang Maha Tinggi.

KHASIATNYA: Apabila dibaca tiap-tiap hari siang atau malam sebanyak 541 kali, Insyaallah ia akan mendapat hasil yang baik dan mendapat darjat yang lebih tinggi.

ALBARRU Ertinya Yang Maha Berbuat Baik.

KHASIATNYA: Untuk memudahkan apa saja yang diinginkannya, dengan dibaca sebanyak-banyaknya.

AT TAWWAABU Ertinya Maha Menerima Taubat.

KHASIATNYA: Untuk mengembalikan kejalan yang lurus, dibaca setiap saat, Insyaallah akan berhasil segala apa yang diinginkan.

AL MUNTAQIMU Ertinya Zat yang berhak membalas setiap perbuatan dosa dengan azabNya.

KHASIATNYA: Untuk menolak perbuatan aniaya dari orang zalim, dibacanya sesuadah sembahyang fardu lima waktu sebanyak-banyaknya.

AL 'AFUWWU Ertinya Yang memberi maaf.

KHASIATNYA: Baca sebanyak-banyaknya setiap saat supaya disenangi manusia yang kenal padanya.

AL MAALIKUL MULKI Ertinya Zat yang mempunyai kekuasaan.

KHASIATNYA: Untuk mengawetkan pekerjaan atau mempertahankan jabatan atau kedudukannya, dibaca setelah selesai sembahyang fardu lima waktu ditengah malam sebanyak 212 kali, Insyaallah akan dijaga dari penjahat yang hasad padanya dalam hal pekerjaan, jabatan atau kedudukan.

DZUL JALAALI wal IKRAAMI Ertinya Zat yang mempunyai Ketinggian Kemuliaan yang Sempurna.

KHASIATNYA: Untuk mendatangkan hajat, dibaca setiap hari sebanyak 65 kali dalam masa satu bulan, Insyaallah akan dipenuhi segala hajatnya.

AL MUQSITHU Ertinya Yang sangat Adil.

KHASIATNYA: Apabila dibaca 209 kali atau lebih, Insyaallah akan terpelihara dari was-was syaitan laknatullah dalam ibadah.

AL JAAMI'U Ertinya Yang Mengumpulkan.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang membacanya tiap-tiap hari sebanyak 300 kali, Insyaallah akan dikumpulkan segala maksudnya.

AL GHANIYYU Ertinya Yang Maha Kaya.

KHASIATNYA: Apabila dibacakan pada orang yang sakit atau mendapat bala dirinya dan orang lain sebanyak 1060 kali, Insyaallah akan segera sembuh dari pemyakitnya.

AL MUGHNII Ertinya Zat yang memberi kekayaan.

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari sebanyak 1000 kali, Insyaallah akan memjadi kaya berkat kurniaan Allah s.w.t.

AL MAANI ' U Ertinya Yang menolak bahaya dan lain-lain.

KHASIATNYA: Untuk menolak perlakuan orang jahat dan orang zalim. dibacakan setiap ba'da sembahyang sunat Subuh (sebelum fardu Subuh) sebanyak 161 kali, Insyaallah akan selamat dari perbuatan mereka itu.

ADH DHAARU Ertinya Yang menyampaikan mudharat.

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyakit (yang bertahun-tahun tidak dapat disembuhkan) asma ini dibaca setiap hari sebamyak 1001 kali, Insyaallah dengan izin dan kehendak Allah s.w.t. penyakit tersebut akan segera sembuh.

AN NAAFI ' U Ertinya Yang memberi manfaat.

KHASIATNYA: Untuk menyembuhkan penyaklit dan menghilangkan kesusahan, asma ini dibaca setiap hari, Insyaallah akan berhasil. Juga barangsiapa yang berzikir dengan hati ketika jimak dengan isterinya, Insyaallah isterinya itu akan menaruh belas kasihan yang sangat dalam dan akan diberi anak yang soleh.

AN NUURU Ertinya Yang menerangi.

KHASIATNYA: Apabila dibaca pada tiap-tiap hari siang atau malam, Insyaallah akan diterangkan hatinya dan anggotanya.

AL BADII ' U Ertinya Yang menciptakan yang belum wujud sebelumnya.

KHASIATNYA: Untuk tercapai apa yang telah direncanakannya asma ini dibaca setiap ba'da sembahyang fardu sebanyak 500 kali, pasti akan berjaya apa yang direncanakan.

AL BAAQII Ertinya Maha Kekal.

KHASIATNYA: Untuk mengawtkan pekerjaan atas usahanya, baca asma ini setiap saat banyak-banyak, pasti pekerjaannya awet (kekal), jauh dari kerugian dan kejatuhan jumlah, Insyaallah.

AL WAARITSU Ertinya Yang kembali kepadaNya sekali makhluk.

KHASIATNYA: Asma ini untuk memajukan usaha apabila dibaca setiap malam sebanyak 707 kali, Insyaallah usaha akan maju.

AR RASYIIDU Ertinya Yang Memberi Petunjuk.

KHASIATNYA: Untuk menambah kecerdasan berfikir, asma ini dibaca setiap pagi dan petang.

AS SABUURU Ertinya Sangat Sabar.

KHASIATNYA: Barangsiapa yang berzikir sebanyak 100 kali pada tiap-tiap hari sebelum tebit matahari, Insyaallah ia tidak akan dapat bala pada hari itu, juga untuk membangun jiwa besar dan sabar dalam menghadapi segala urusan asma ini dibaca setiap saat terutama dalam menghadapi segala kesulitan masalah apa saja, pasti segala urusan akan berhasil dengan baik.


Marilah sama-sama kita amalkan... :)

Thursday 1 December 2011

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH




Rasulullah s.a.w. telah bersabda, "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."

Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut." Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud, "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali."

Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w., " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Wednesday 30 November 2011

Ombak Rindu

Ombak Rindu..... tajuk cam x best kan. Tapi aku tgk trailer dia cam best. Sebab serius sgt aku x pernah tahu akan kewujudan novel Ombak Rindu nii :p Para pelakon plak ok la kot... Aaron Aziz lakonan dia memanjang mantap kan. Begitu juga ngan Lisa Surihani, dia pun boleh tahan mantap la dari segi lakonan kan. Tapi aku agak kurang berkenan ngan penampilan Maya Karin bukan disebabkan kerana minat atau tak, tapi aku x berapa berkenan dengan cara si Maya Karin ni bila bercakap. Cam pelakon indon bercakap. Tu je la bab yg aku x berapa nak suka dgn Maya Karin ni. Hopefully lakonan ke semua pelakon yg ada dalam tu ok la ye. Sebab kalau cerita Lagenda Budak Setan aku tgk byk kali pun byk kali jugak aku akan menangis :p hahahahaha... emmmm so mulut dah gatal nak ajak hubby gi tgk ombak rindu nii... Tayangan bermula 1 Disember 2011 hari ini ye... :)



Tuesday 29 November 2011

Tahniah Siti Aishah & Ahmad Sopian

Pada 19 November 2011 berlangsungnya majlis pernikahan sepupu saya Siti Aishah Dato' Amanuallah di kediaman ayahnya di Puncak Setiawangsa. Majlis yg simple dan meriah ini bertemakan HIJAU bagi semua kaum keluarga pengantin perempuan. Aku dah tempah baju tapi agak malang sedikit kerana baju yg ditempah agak besar bila aku pakai dah macam player American Football :( so sad.... jadinya baju tu sekarang masih terdampar sendirian sahaja. Aku x pakai pun masa majlis tu berlangsung :( belum ada kesempatan nak hantar pegi kecik kan. So pasa majlis tersebut aku pakai laaa baju raya aritu nasib baik tema raya tahun ni hijau so aku dan hubby pakai la baju raya kami tuuu... Malas nak cerita panjang sgt kita layan gambor je la ye... :)



Saat yg sgt mendebarkan dup dap dup dap :p



Alhamdulillah selesai sudah.... :)



Cincin telah disarung ke jari manis isterinya... :)



Hantaran dari pihak pengantin lelaki



Hantaran dari pihak pengantin perempuan



Selamat pengantin baru semoga kekal hingga ke akhir hayat... :)



Oksss nanti sambung cerita utk majlis resepsi mereka pula ye.... :)

Monday 21 November 2011

Malam Berinai @ Malam Bollywood

18.11.2011 berlangsungnya majlis malam berinai for my cousin sister. Malam berinai dia ala2 bollywood dimana kami semua berpakaian bertemakan bollywood. Memang super happening la kan... Dengan menari lagu hindustan nya lagi perghhhhh mmg best.. hehehehehe maklumla kan aku peminat hindustan kan.. so mmg layan je laa sepanjang malam tuuu... hubby plak busy amik gambor... member tgh syiok amik gambor kan.. baru dapat hadiah kamera aritu huhuhuhuhu... so aku x nak cite panjang2 sgt uols layan gambar je la yerk... emmm lagi satu if uols nampak kat pic aku nnt ada matsaleh kan tu semua adalah saudara angkat kami dari London. So kami terbangkan mereka dari London utk bersama2 kami meraikan majlis yg kami adakan nii...


Belum apa2 aku ngan hubby dah menggedik berdua dulu... :p



Ni plak kes saje gatal nak menggedik ngan pokok kat sebelah tuuu :p



I'm wif Diy... *pinjam lesung pipit awk ble x Diy....???



Family terangkat dari London ahakkkkkkksssss.... :)



I'm wif nenek london... :p



Hubby nak bergambor dgn nenek london jugak... :p



Joget jgn x joget yeeeee......



Aku bawak Umair joget skali... Umair serius blur time niii... :p



Niiii laaaa pengantin nya.... cantik kan henna dia.... :)



Wif bakal suami nya... :)




Ok sekian cerita for Malam Berinai.. Nanti aku sambung for Majlis Akad Nikah plak yeee... :)

Yeayyyy saya jumpa "LJ" :)

Aku terjumpa Liyana Jasmay okkkkk.... huhuhuhuhuhu suka sgt sebab aku minat kat dia.. aku x pernah peduli org nak cakap apa2 pun pasal dia tau... hehehehehehe... nice sgt dia nii.. mmg dia x sombong langsung... dia seorang yg ramah sgt... dah la comel sgt2 datang majlis yg ramai org pun dia x make up over2... natural sgt... :)



Comel kan dia niiii.... :)

08.11.2011 "selamat hari lahir HUBBY.." :)

Lamanya tak berblog huhuhuhu... lupa lagi janji aku pada blog aku ni.. kata tak nak terbiar lama.. apa boleh buat mood nak bercerita takde. Emmm kali ni nak cite skit tentang sambutan kecil-kecilan birthday hubby. Celebrate kat umah jerk... hari keje kan pada 08.11.2011 tuuu so potong kek kat rumah je ye sayang... tapi before tu aku dah belanja hubby kat Kenny Rogers kira ok la tu kan.. hehehehehehe....



Kek yg x berapa nak mahal.. tapi beli dgn hati yg ikhlas dan penuh dgn kasih sayang khas buat suami yg tercinta.. :)



Taraaaaaaa muka besday boy serabot sbb kena surprise kan.. so xleh nak ready kasi hensem2.. hehehehehe... i sayang u sgt2... :)


Next year insyaallah if kita dipanjangkan usia dan dimurahkan rezeki kita sambut besar besaran skit ye sayang.... Amin... :)

Friday 28 October 2011

Saya punya ok...!!!! :)

Thanks to my hubby yg sgt baik hati kerana telah murah hati memberi aku sesuatu yg aku suka.. Walaupun ianya adalah barang yg hubby dah pernah guna tapi saya idok kisah ok...!!! janji itu saya yg punya hehehehehehe.... So tak payah berebut nak guna benda ni dah sebab hubby dah beli dia punya yg baru so yg lama sudah menjadi milik aku.. thanks yaaa my hubby.. mmmmuuuuuaaaahhhh for you.. :)



Walaupun hanya notebook tapi ianya sgt berguna utk aku.. So now aku dah boleh rajin update blog walaupun di rumah yeee... :) *skin tu aku baru tampal yer :p


Thanks a lot to my hubby.... :)

Thursday 27 October 2011

Nasi Lemak Ziemil Corner

26 Oktober 2011 adalah hari sambutan depavali bagi kaum india dan juga jatuh pada hari rabu *sungguh tak best,kalau jumaat kan best boleh sambung sabtu ahad,huhhhh nyahat nya aku nii... So aku cuti hubby pun cuti kan.. Pagi2 lagi aku dah dera hubby suoh bangun awal.. Sebenarnya nak gi rasa nasi lemak kat Taman Melawati.. Nama warung dia adalah Ziemil Corner betul2 berada di selekoh berdekatan dengan simpang yang ada traffic light.. Agak2 kawan2 yg tak biasa dengan area Taman Melawati tau ke dok erk..?? Huhhh sory la aku tak pandai sgt nak bagi direction kalau aku drive or tunjuk kat mana tempat tu aku reti la hehehehehehe.. :)



Kalau uols nampak signboard cam gini itulah warung nya...


So sampai je kat warung tu aku nampak ramai sgt org kat sana.. Parking juga adalah sgt terhad di situ.. Berebut-rebut plak tu *nyampah mak tau.. Dengan keadaan di situ yg agak sesak aku mengambil keputusan utk tapau sahaja.. Umair plak tido so mcm keadaan adalah sgt tidak mengizinkan utk kami makan di situ.. So hubby gi tolong tapau kan..



Begini lah keadaan jika anda ingin membeli ns lemak di sini ye... harap bersabar semua... :)


Rasa nasi lemak nya plak bagi aku tak laaa meletop sgt.. biasa2 jer cuma aku suka kat nasi dia tu.. memang sedap nasi nya.. sambal pulak rasa nya adalah biasa2 aje ye.. tu pendapat tekak aku.. tekak anda2 semua tak tau la kalau ada yg rasa sedap kan.. tapi bagi tekak aku ianya adalah biasa2 aje.. ayam goreng dia sedap okssss....!!! ayam kampung weyyyy mmg arr sedap kan.. nyesal aku tak amik ayam dia.. so hanya culik hubby nya cikit.. takpe2 next time harus amik ayam goreng dia..



Kasi tempek skit gambor nasi lemak itu.. huhuhuhuhu......


Ada sape2 tau kat mana ada nasi lemak yg sedap2 lagi.. suka lah nak try2.. hehehehe.. :)

Tuesday 25 October 2011

Hatiku Milikmu




Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Mood: Romantic with Hubby... :) *ngada nye kan....huhuhuhu

Sunday 23 October 2011

Berfikirlah secara positif



Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.


Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.

Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu yang dirinya hidup dalam kesusahan tetapi masih juga keluar untuk bermain-main, walaupun ibunya sudah berpesan agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak boleh memasuki rumah. Anak perempuannya itu harus diberi pengajaran, fikir ibunya dengan geram.

Pulang dari menjual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dengan tulisan kecil yang ada dikertas adalah hasil tulisan tangan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, hari ini adalah hari istimewa buat mama, saya belikan biskut kecil ini sebagai hadiah buat mama, saya tidak mepunyai duit yang cukup untuk membeli biskut yang besar buat mama… Selamat ulang tahun buat mama...”



KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.

Moral of the story: Berfikirlah secara positif.. kerana berfikir secara negatif boleh buat kita menyesal seumur hidup kita... :)

Wednesday 19 October 2011

Deco...???

Suka sangat..............!!!!!!! My uncle "pakteh" bagi aku hadiah..... hahahahahaha lambat kan tapi takpe sebab apa yg aku dapat ni aku boleh mencantikkan rumah aku yg sediakala comel dimata aku dan hubby tuuu.. Tapi masih belum ada idea nak letak kat sudut mana. Sebab rumah aku boleh tahan byk dah koleksi bunga aku. Emmm camna niii...?? Aku cuba nak wujudkan satu konsep yg tetap utk rumah aku tu tapi masih buntu konsep apa yg sesuai. Rumah tak lah besar mana tapi rupanya bukan senang nak timbulkan idea untuk mencantikkan sesebuah rumah. So aku dan hubby menghias laa mengikut sedap mata kitorang. Oklah nanti next entry aku tunjuk sikit gambar ruang tamu aku yeee... :)


Taraaaaaaaa ni la hadiah yg aku dapat dari Pakteh aku... :)


Terus, terus dan terus memikir kat sudut mana nak letak niii.... :/

Tuesday 18 October 2011

Anggapanmu




Sekebun cinta nan berbunga
Megah berdiri nan berduri
Aku yang asli
Di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambak cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar dan kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihan ku
Aku di taman hanya perhiasan
Mata umum

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu
Berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian
Terlontar ku di halaman

Pemusnah ku adalah kumbang
Runtuh bila ku kelayuan
Impian mu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti
Dirimu bahgia



Suka sgt lagu niiii.... :)

Sunday 16 October 2011

Beg

Si bujang aku ni sekarang sedang kemaruk nak bawak beg sendiri... hehehehe mulanya aku saja je test suruh dia pakai beg tu lastly dia meronta tak bagi kita amik beg tu dari dia. Ohhhh dah besar dah nak ummi ni yeee. Dah pandai nak bawak beg sendiri. Ok2... i buy for you sayang. :)
And now setiap kali nak keluar dia akan pastikan beg dah tersangkut kat bahu dia pastu dia akan cari shoes dia. Bijak anak ummi ni yeeee... Aku pun letak laaa pampers and botol air masak dia. But aku akan pastikan benda yg ada dalam beg dia tu tak membebankan dia. Nanti sakit bahu dia dan takut nanti dia serik plak nak bawak beg tu. So far dia sgt selesa dgn beg dia tu... :)


Ni gambar yg sempat aku snap masa kami sekeluarga berjalan2 di jln TAR pada sabtu lepas.


Sangat bahagia bila anak membesar dgn cergas dan sihat. Alhamdulillah... :)

Pengalaman yg tak akan dilupakan

Sob...Sob...Sob... Ya Allah pertama kali aku meraung di hadapan khalayak ramai. Bayangkan laa betapa ramainya orang yang ada di Lot 10 shopping mall. Demi anak... seorang ibu tak akan hirau apa yg orang nak kata padanya. Itulah yg seorang ibu akan buat pada anaknya.

Kejadian ni berlaku pada tanggal 9 OKT 2011... akan ku ingat sampai bila2. Dan kejadian juga berlaku di sebuah restoran di Lot 10. Di mana kesemua yg makan sudah pun selesai menghabiskan makanan masing2. Memang dah nak gerak dah semua dari restoran tu, tapi perkara dah nak jadikan macam mana kita cuba mengelak pun mesti kita terkena juga kan. Aku yg masih belum bangun dari tempat duduk dan masih sempat berborak memang leka ketika itu. Hubby pula dah bawa umair main di bahagian luar restoran tu.. dan dgn tiba2 nya aku terdengar anak aku meraung dengan kuatnya. :(

Aku berlari dapatkan umair dan finally hati seorang ibu ni telah hancur remuk bila melihat mata permata hatinya tu penuh dengan darah.. Ya Allah kuatkan la hatiku ini dah selamatkan lah anakku... itulah yg terucap di mulut aku ketika itu... tanpa diduga aku mula menangis tanpa menghiraukan org kat sekeliling aku.. aku tanya hubby apa yg terjadi, rupanya umair dah terhantuk pada bucu meja kat restoran tu. Memang berlaku sepantas kilat, Mujur lah hospital yg berdekatan ada. Terus aku dan hubby ke Prince Court Medical Centre. Aku bawa umair terus ke bahagian kecemasan. Doktor buat rawatan sepenuhnya kat umair. Alhamdulillah luka dibawah mata umair tu tak perlu dijahit dan tiada kecederaan dalam mata. Doktor kata insyaallah dalam masa seminggu bengkak dan luka tu akan surut. Leganya hati aku mendengarnya. Tapi hati masih lagi sayu tengok dia meronta masa doktor tgh cuci luka tu, ye lah sakit kan sayang... :(

Ni laaaa rupa luka di bawah mata umair :(

Now dah seminggu dan apa yg doktor jangkakan adalah tepat. Luka dan bengkak di mata umair dah surut. Alhamdulillah sayang ummi dah pulih. Sekarang dah kembali aktif seperti sediakala. Agaknya dia lupa kot kesakitan minggu lalu atau budak2 memang tak akan ada rasa serik ye...?? Walau macam mana lasak umair pon aku dan hubby sekarang lebih berhati2 dan sentiasa awasi apa yg dia buat. Aku dan hubby memang serik dan takut kalau terjadi benda yg sama.

Walau apa pun ummi dan walid akan hadapi setiap dugaan dariNYA dengan tenang. Itulah kenangan pahit dan manis membesarkan kamu sayang... :)


Be a good boy yeee sayang.... :)

Wednesday 12 October 2011

Betul2 BUSY atau Buat2 BUSY....???

Dah lama tak menulis.... cer.. cer.. tgk tajuk aku tuuu... hehehehehe... uols rasa yg mane sesuai utk aku..?? ermm nak kata betul2 busy x jugak nak kata buat2 busy ermmm ye kot... hehehehe... emmm so ni aku nak cite la sikit kan aku ni kalau dah kat rumah mmg aku x kan ngadap nye laptop ke pc ke... hp pon kadang2 aku x nengok.. emmmm so harap kan masa yg ada kat ofis ni.... kat ofis plak keje2 yang ada ni x mengizinkan aku utk mencuri masa yg ada *bunyi nya cam aku ni seorang pekerja yg cemerlang kan... hehehehehe... xpe2 pas ni aku try merajinkan diri utk mengupdate blog ni ye... :)

Wednesday 28 September 2011

Ingin bersikap lebih matang :)

Susah ke seseorang tu menjadi seorang yg matang dalam apa jua aspek dan kehidupan seharian yg mereka lalui. Ya aku akui aku bukan laaa seorang yg matang sgt dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan. Aku hanya hambaNYA yg lemah dan sering membuat kesilapan. Kadang2 kita alpa dgn duniawi. Jauh di sudut hati aku yang aku tahu yang dunia ini adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, ianya bersifat sementara. Jodoh pertemuan, ajal maut, kiamat semuanya adalah rahsia Allah swt. Betapa besarnya kebesaran Allah swt yg dapat kita rasakan.





Dalam pada masalah yg dihadapi beberapa hari yg lalu. Aku sedar yg aku tidak sematang mana dalam membuat keputusan. Aku tidak bersikap adil dgn org yg tidak bersalah. Aku hanya mendengar dan menyebelahi kepda sebelah pihak. Ya Allah mujur lah aku cepat tersedar dgn apa yg aku lakukan, sikap dan tindakan aku pada org yg tidak besalah. Dan aku juga tewlah membetulkan keadaan dan situasi yg sebenar. Kami juga telah bermaaf maafan. Ya la kan kita satu keluarga kalau bermasam muka jadi tak senang duduk dibuatnya. Pusing2 mana pun pasti kita akan ketemu dia. Baik lah kita jgn panjangkan masalah yg sedia ada ini. *dari situ dah nampak aku dah matang skit.. hehehe...





Ya Allah.... sesungguhnya aku memohon kepadaMU, jauhi lah aku dari sebarang hasutan syaitan yg boleh melalikan aku dari melakukan ibadat2 ku. Aku ingin menjadi hambaMU yg taat kepada perintahMU. Dan aku memohon semoga Allah swt memberi sinar dalam kehidupan seharianku bersama keluarga yg tercinta.

Dalam pada menyedari kesilapan yg pernah aku lakukan sepanjang kehidupan aku selama ini.. aku juga ada terdetik di jauh sudut hati ini ingin membuat satu perubahan dalam diri. Insyaallah ianya akan berlaku sedikit demi sedikit. Aku ingin mengukuhkan segala ibadat yg wajib kita tunaikan... insyaallah... selepas tu barulah mulakan penghijrahan yg mengjurus kepada wanita soleha... insyaallah mudah mudahan... amin... :)




Terima kasih kepada suami tercinta yg sgt memahami, membimbing dan menyokong si isteri nya nii...... :) i luv u so much..... :)


p/s: sumber gambar dari "I LUV ISLAM.COM"

Thursday 22 September 2011

DIET....!!!!!!!!!!!!

DIET..... beribu kali dah aku berniat nak diet... tapi dalam seumur hidup aku skali je laaa diet aku berjaya... dari 75kg asalnya aku berjaya turunkan sampai 50kg.... tapi peritnya hidup jgn nak kata la kan... segala makanan yg sedap2 x dapat nak masuk mulut kan.. leleh air liur je la jwbnya... tapi bila hasilnya dah nampak dan kita dah dapat... perghhhh bertapa syukurnya aku kerana usaha aku berhasil dgn jayanya... :)

Itu cerita 10 tahun yg lalu.. alhamdulillah aku masih x berubah ke size yg ngeri tuu... if naik pon x lah cam yg ngeri tuu... takut weyyy... skang aku nye berat cam main naik turun lif laaa... kejab naik kejab turun... tapi naik x mendadak cuma if time naik tu aku cam cuak jugak la kan... kira macam amaran buat aku lah supaya beringat ketika makan.. bila time turun plak aku nye melompat tinggi sampai cam boleh nak cium pipi zirafah dah.. itulah kalau lah turun kan... byk nye naik dari yg turun.... sob,sob,sob,sob, :(

Emmm dah macam2 tips aku cuba.. nak buat cam cara diet dulu balik dah tak termampu rasanya.. dolu2 single trang tang tang kan... skarang dah ada hubby and baby... penat tu lain laaa sikit... so aku just kawal makan skit2 je laaa.. xlah diet ditahap maksima just lite2 je lorrrr.... janji x naik mendadak kan... hubby pon x kasi aku kurus sgt.. ikut kan hati nak la merasa berat sampai 45kg... ngehhhhhh.... sempot gugurl....!!!!! hahahahaha.... walau apa pun aku akan cuba yg terbaik utk diri aku.. bukan niat nak cantik tapi tuk kesihatan aku dan keselesaan aku menjalani kehidupan aku seharian... sekarang ni penyakit macam2 wooooo x kira tua atau muda bila dah kena serang x guna la menyesal lagi kan.. lebih baik mencegah daripada kita merawat.. :)


p/s: Mr Hubby bila kita nak start main badminton and jogging ni... adesss.... x sabar dah niii

Wednesday 14 September 2011

Apa yg sudah terjadi..????

Ya Allah... lamanya aku tinggalkan blog aku niii... cian dia.... emmm nak kata aku beraya sakan x jugak... semuanya serba sederhana... Alhamdulillah dapat beraya bersama keluarga tersayang.. tahun nii turn my hubby so ke Raub Pahang la aku tahun nii tapi raya kedua dah cabut lari KL huhuhuhuhu... nnt aku post la skit gambor2 raya erk... tahun ni serba hijau aku,hubby and my baby bucuk...

Beberapa minggu ni aku agak malas utk berkata2 dan malas utk mengarang kat blog niii... kenapa..??? kerana masa terlalu tidak mengizinkan.. cuti seminggu kan bila start masuk ofis balik habis laaa kene berperang ngan keje yg melambak2... hopefully next week aku dapat semangat baru utk segala2 nya... chewahhhhhh...

Minngu ni aku full dgn undangan rumah terbuka yaaa.. so mkn free laa minggu nii.. :)










Jumpa di next entry yaaa... :)

Thursday 25 August 2011

Selamat Hari Tua Utk Aku.....!!!!!!! :)

25 OGOS 1986..... Aku dilahirkan.... Kini 25 OGOS 2011.... Aku berusia 25 tahun... Alhamdulillah syukur kepada-NYA kerana aku masih diberi peluang utk hidup di bumi yg nyata ini... Emmmm no celebration lagipon kan bulan posa... Seperti biasa hubby mesti akn belikan something for me... thank you so much sayang... i love u so much.... Di umur yg semakin meningkat naik ini apa yg aku harapkan adalah aku dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat... aku ingin menjadi isteri yg terbaik utk suamiku yg tersayang dan menjadi ibu yg bertanggungjawab dan penyayang anak2 ku kelak... Insyaallah.... :)

Wednesday 24 August 2011

Trip ke SP Kedah (Part 1)

Penat badan blom hilang lagi... pagi tadi pon cam berat kaki nak melangkah pi opis... apakan daya next week dah nak cuti kan... so terpaksa lah gagahkan diri ni jugak... :(

Pada hari ahad lepas aku,hubby n umair telah bertolak ke Sunagi Petani,Kedah (SP)... Al maklum laa kan HQ tempat keje aku ni di SP.... Emmmm pegi dlm kol 10.30 pagi... sampai dlm kol 2.30 ptg.. sampai SP sempat plak singgah Parkson... kalau singgah je menipu la tuu kan.. kalau aku yg pegi x membeli x sah la kan... hahahaha... beli brg umair je.... skit je... hehehehehe...



Ni pic umair ketika dlm perjalanan...




After kuar dari Parkson tuu trus menuju ke Emerald Puteri Hotel.. sampai bilik sume melabuhkan badan ke atas katil... syorga nyeeee time tu... ye la bdn mmg terasa penat sgt dan tgh posa kan.... kat sana panas terik plak tu...bila dapat baring n golek2 atas katil mmg best la kan.. hikhikhikhik.... pastu petang my boss ajak pi bazaar ramadhan kat sane... terbaek jugak yg ble aku katakan.. panjang dan besar giloz bazaar diorang... kalah kat KL... dah la murah... jauh beza ngan kat KL.. bila dah jln ke depan nak suoh patah balik mmg x moh la jawapan aku...hehehehe... emmm beli pon x byk sbb my boss ajak mkn kat Kedai Kampung *ala2 warong.. tapi masakan dia adalah sedap2 belaka... puas la makan... Alhamdulillah.... Tenkiu boss nnt blanja lagik erk... :)



Ni lahhh hotel yg aku n family menginap... *tenkiu to boss jugak coz support kitorang :)



After buka tu... kitorang balik smula ke hotel... merehatkan diri.... dlm kol 11.00 mlm dapat panggilan dari member aku.. katanya boss nak pi ajak rasa burger sedap kat SP niii.. perghhhh aku n hubby mcm org ngantuk yg disorongkan bantal laa kan... sbb dua2 punya perut dah lapor balik... pelik jugak kat umah x plak ase lapar mlm2... maybe bilik hotel kan sejuk *salah satu faktor kami lapor smula laaa kot... Boss bawak kitorang mkn kat Lagenda Burger Stall... terbaek giloz burger dia... x puas mkn satu... nescafe tarik dia pon kawww... teh tarik pon sodap... gemok laa aku klau menetap kat SP agak nya... hahahaha...



Ni laaaa burger terbaek tu....



Pas pekena supper mlm tu... hubby ajak pi jln2 kat pekan SP... dapat la snap pic Jam Besaq... kat situ pon ade baazar cam kat jln TAR tau.. hubby sempat shopping... aku just cuci2 mata jerk *leh caya ke..?? hahahaha tapi btol mmg that time aku cuci2 mata jerk... xde mood sgt nak membeli *ongkos tersangkut.... :p



Jam Besaq... :)


Ok lahh kang citer pepanjang tak best nnt org penat nak baca *tu pon kalau ada yg sudi nak baca la kan... kalu ada alhamdulillah dan terima kasih diucapkan :)

Jumpa di next entry.... :)

Tuesday 23 August 2011

Iftar di Equatorial Hotel :)

Salam Ramadhan yg ke-24... diam x diam dah 4 ke 5 hari aku tggalkan blog aku... bkn sengaja aku tggalkan.. tapi masa x mengizinkan... coz ahad hingga selasa kau tak berada di KL.. emmm xpe nnt next entry aku citer kemana aku pegi 3 hari tuu...

Pada sabtu yg lepas.. my uncle n my auntie yg sgt saya sayangi *perggghhh ayat xleh tahan kan... telah mengadakan MAJLIS BERBUKA PUASA & SOLAT TERAWIH di Equatorial Hotel. Alhamdulillah makanan sgt2 lah sedap dan bermacam2.. ape lagi aku laki bini balun x hengat la kan.. hilang diet aku weiiii... sedey tapi puas hati... puas hati sebab dapat rasa mcm2 makanan... sedey sebab diet aku dah hanyut *cam lagu Faizal Tahir....

Ada lahhh sekeping dua gambor yg di snap... tu pon henpon aku dah jd *ngeng balik lepas aku cucuk kabel kat pc... benci...benci...benci.... *nak henpon baru bley...??? :p


I'm wif my lovely hubby.... :)




Ni si kecik yg dah comot.. *bju putih tu dah ade mcm2 jenis makanan... terbaek wokkkk....



So kami bersurai around 11.00 mlm.... bersurai dgn mood yg happy dan pulang dgn tgn berisi... yeehaaaaa... thanks Achik & Ucl Chik....... hehehehehe....... :)

Thursday 18 August 2011

Heliza Helmi Hijab

Korang kenal x kat si Heliza Helmi (HH) niii... ala budak AF dulu.. x hengat la AF brapa..?? *x koser aku nak meng'google' btw aku suke sgt dgn style dia n fesyen dia... actually style dia biasa je cuma aku suke tang cara pemakaian hijab dia tu... mula2 aku terpikir2 camno la minah ni melilit sakan selendang dia tu... ko ble bygkan x klau even ko dah pandai nak melilit cenggitu pon... bila baru sampai ofis ko akn masih steady cun lagi la kan tapiiiii bila dah petang nak2 plak after solat kan *nak kena lilit smula selendang tu.. x ke huru hara dibuatnya atau dipendek kan cite muke ko akn serabot dan dah x comey seperti ko baru masuk keje... so klau bole nak la stay cute sampai ke petang... hikhikhikhik...

cer nengok pic2 dia ni... comey2 belaka...






Cantik2 kan dan mmg nampak agak susah step nak melilit tukan.. tapiiiiiiiiii rupa rupanya 'tipah tertipu' sudah... tgk pic kat bwah ni...


Emmm senang rupanya... so apa lagi mmg tgh plan nak beli.. ikutkan hati nak bli sume kaler.. tapi apakan daya selai je dah 150 hengget... ble tergigit jari sampai putus kooo... cara pembelian adalah melalui online saje... kalau korang nak tanya or cara oder sume ada kat FB *fanpage dia HELIZA HELMI.... Emmm cantik dan sopan kan hijab dia... :)

p/s: dlm usaha mendapatkan sponsor.. *sapo lagi kalo bkn mr hubby.... :p


Sumber gambar: Fesbuk Heliza Helmi *Fanpage dia