Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Wednesday 28 March 2012

Beduk Diketuk



Seseorang telah buat jiwa kau meronta utk cepat dptkan buku ni... Dari apa yg beliau beri sedikit imbasan isi kandungan buku tersebut membuatkan aku rasa "ya aku perlukan buku BEDUK DIKETUK ni" takpe.... nanti kalau aku dah beli dan baca aku akan review skit isi kandungan buku tersebut.... thanks to Pn Azlina yg telah beri sedikit info isi kandungan buku tersebut... :)

Tuesday 27 March 2012

WordlessWednesday - Besar Betul Lipas niii

Bayangkan lah kalau masuk dapur tetiba ternampak benda camni... Pengsan aku hokeyyyyy... :p

Tuesday 20 March 2012

Tutti Frutti

Tutti frutti ohhhh tutti frutti nape lah ko sedap sgt.. kan dah susah bila aku,hubby and Umair dah ketagih.. nasib lah ko adalah dikategorikan sejenis makanan yg sihat kalau tidak abes la kami semua.. emmm tiap2 minggu mesti nak pi pekena eskem yogurt nii.. nasib baik la ko agak mahal kalau murah akan ku jadi kan ko sebagai menu mkn malam setiap hari.. hahahahahaha hebat betul nak makan tiap2 hari pastu malam2 semput.. *nasib baik ada asthma kalau tak mmg masih boleh nak ada kesedaran dlm mengambilan makanan or minuman yg sejuk2 ni... :p

Mengenai harga kat TF niii plak dia ikut timbang tau.. Rm5.30 per 100gram.. so pandai2 la ko berhati2 dalam pada tgh memutar nak amik eskem tu lagi2 plak bila ada pelbagai jenis topping yg disediakan.. aku kalau amik harga dia mesti below Rm15.00 skali ngan topping kalau hubby plak tak jatuh rm20.00 without topping plak tuu... mmg eskem tuu semata.. teror tul hubby aku.. tapi kalau uols mmg bawak bajet yg tinggi utk menikmati eskem di TF nii silakan lah menghias eskem anda dgn pelbagai jenis topping tuu.. dan yg penting letak eskem yg ada pelbagai rasa tuu tau..

So pada yg belum pernah cuba boleh la cuba sebab pada aku eskem ni sgt lah sedap.. :)



Aku nye feberet flavor for eskem TF : Resberry+Strawberry+Vanila

Aku nye feberet Topping for eskem TF : Strawberry+Manggo or Longan+Laici

Sunday 18 March 2012

BabyLove Diapers

Assalamualaikum semua... Hari ni nak citer pasal diapers yg digunakan utk putera aku tersayang.. sebelum ni mmg dah mcm2 aku cuba bagi pakai utk Umair tapi byk yg dia melecet dan cepat bocor.. tapi skrg alhamdulillah aku dah jumpa diapers yg sesuai ngan kulit Umair dan jugak x bocor mcm yg sebelum2 nii..

Uols pernah terdengar pasal Babylove Diapers nii or ternampak x Babylove Diapers.. kat mana2 supermarket and hypermarket dah jual brand nii.. seriously mmg aku sgt berpuas hati dan harganya sgt2 lah berpatutan.. dan buat masa ni blum terfikir nak tukar ke diapers yg lain utk Umair..

Untuk Umair aku belikan dia 2 jenis yg berbeza tapi masih dgn brand Babylove ni.. Untuk malam aku pakaikan Umair yg Babylove NightTape.. Mmg x akan bocor aku akan pakaikan Umair sebelum tido dan sampai esok pagi pon masih ok.. so mmg aku sgt la suka kan sebab x payah nak bgun tgh malam utk tukarkan diapers dia.. lagipun Umair mmg jenis x terjaga tgh malam utk manyusu.. so mmg aku and hubby boleh la tido dgn nyenyak nya.. terasa di syurga hokeyyyy bila dpt tido dgn nyenyak hahahahahahahaha....



Untuk waktu siang plak aku pakaikan Umair Babylove Playpants.. yg jenis ni senang nak pakaikan sebab dia mcm seluar kan.. dgn keadaan Umair yg tgh lasak skrg mmg lah memerlukan aku mencari jalan penyelesaian utk aku senang nak pakaikan dia dapers.. so aku amik keputusan utk pakaikan dia yg jenis pants ni kan.. mmg senang sgt.. lagi satu kan si bujang aku ni skrg dah pandai nak shishi kat toilet.. dia akan dtg kat aku dan selak sluar and tunjuk diapers dia so aku tahu la mmg dia x nak shishi kat diapers so senang la aku bukak mcm seluar jer dan bila dah hantar shishi kat toilet aku boleh pakaikan balik diapers tu.. tapi tgk keadaan dan mood dia jugak bila ralat and ghairah tgh main toys dia mmg x kan dia dtg mintak gi shishi la kan... busy main jerk.. huhuhuhuhu....



Seronok sgt bila nampak perkembangan dia di setiap peningkatan umur dia.. To Umair sayang,Ummi dan Walid akan sentiasa pastikan yg kami akan menjaga awak sebaik mungkin dan memenuhi keperluan awak yg terbaik ye sayang.. Insyaallah.. :) Ummi dan Walid always luv u sayang.. :)

Tuesday 13 March 2012

Wedges Shoes

Tetiba meng'google' pic2 wedges shoes.. tetiba jugak lah aku terasa jatuh hati ngan wedges shoes.. bila pakai wedges shoes aku akan rasa selesa dan berkeyakinan bila nak berjalan or berdiri.. mungkin sebab rekabentuk tumitnya yg tinggi dan rata.. So lepas ni if nak shopping kasut aku akan tambahkan koleksi wedges shoes aku.. so far aku hanya memiliki dua pasang wedges shoes nii.. pas ni nak pakai wedges shoes je laaa... :)

Ni hasil aku meng'google' pic2 wedges shoes yg berkenan di mata aku...








Huhuhuhuhu yg dua pasang kat bawah nii adalah yg paling aku suka sgt design dan colour nya.... adoyai gedebak gedebuk jiwa meronta rasa nak cari dan dapatkan apa yg kita dah berkenan kat sesuatu barang kan.... :p


Friday 9 March 2012

Kita Sebenarnya...........

Untuk renungan bersama dan untuk diri aku juga... :)


••► Kita sebenarnya lebih gembira menyambut 1 Januari daripada 1 Muharram
••► Kita sebenarnya lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal
••► Kita sebenarnya lebih membesarkan hari Sabtu n Ahad daripada hari Jumaat
••► Kita sebenarnya lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan
••► Kita sebenarnya lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji
••► Kita sebenarnya lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama Nabi
••► Kita sebenarnya lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum
••► Kita sebenarnya lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid
••► Kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri
••► Kita sebenarnya lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku agama
••► Kita sebenarnya lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama
••► Kita sebenarnya lebih suka memaki, ngumpat orang daripada memuji mereka
••► Kita sebenarnya lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah
••► Kita sebenarnya lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikan
••► Kita sebenarnya lebih bangga dgn kejahilan kita drpd b'syukur dgn keimanan kita
••► Kita sebenarnya lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...
••► KITA SEBENARNYA ingin menuju ke Syurga daripada ke Neraka

» Layak kah kita dengan Syurga milik Allah Swt??