Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Wednesday 25 January 2012

Al-Fatihah buat Arwah Izwan Pilus

SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.
Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.
Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.
Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.
Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.
Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"
Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.
Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Sumber Berita: www.sinarharian.com.my



Suber gambar dari "Mr Google"


Pemergiannya tak disangka sama sekali, tapi inilah lumrah kehidupan yg hidup pasti akan meninggalkan dunia yg fana ini cumanya masa,tempat dan bagaimana kematian kita nanti sahaja yg menjadi rahsia antara kita dan Allah swt. Sama2 lah kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di golongan org2 yg beriman. Amin...


*Sepanjang hayat arwah aku tak lah berapa mengikut perkembangan beliau tapi serius bab lagu2 yg arwah pernah nyanyikan menjadi minat aku. Lagu beliau best2 belaka. Dan kini semuanya hanya tinggal kenangan.

Wednesday 18 January 2012

WordlessWednesday - Saya jatuh hati sudah...

1st time terjumpa benda ni adalah di Parkson KL Festival City. Camner la ble terjatuh cinta sama ini benda. Aku akan dapatkan jugak benda ini sebab harga x lah mahal melampau so insyaallah aku ble memilikinya. Can't wait...... :)


Thursday 12 January 2012

Mood yg sentiasa tunggang terbalik

Salam Jumaat semua... :) Mood masih ke laut..... belum ada semangat, belum ada idea, belum ada rasa rajin. Huhuhuhuhuhu.... dasar PEMALAS sebenarnya kan wahai Puan Sheera... Ermmmm maybe laaaa kan *choiii masih x nak mengaku lagi tu. Ermmmm so far perjalanan di awal tahun 2012 aku not so bad, sama juga seperti tahun 2011. Masih gigih menjaga suami, anak dah rumahtangga sebaik mungkin. Nak jadi "Supermak" la tahun ni.. huhuhuhu jgn merepek la wahai Pn Sheera yeeee... Di pejabat juga masih seperti biasa belum ada perubahan apa2.. Ehmmmm2 paham2 la ye Boss... Dah laaaa yeee sebelum aku merepek ntah ape2 baik aku stop je dulu dah ada idea nanti aku sambung dan aku muncul la semula kat blog ni ye... Niat nak mengupload gambor2 percutian tu ada tapi memory card camera ble plak aku tertinggal kat lappy adik ipor aku. So this weekend baru dapat amik dari dia. Insyaallah next week aku akan cuba merajinkan diri bercerita di sini yeee... Emmm so hopefully anda2 semua pon berada dalam keadaan baik dan dlm keredhaanNYA.. Amin... :)

Thursday 5 January 2012

Pakaian seorang Muslimah



Berfesyen atau bergaya memang seronok kan...?? lagi2 sekarang ni mcm2 fesyen yg tgh digilai wanita2 di dunia. Ini kerana apabila kita mempunyai imej yang menarik secara tidak langsung orang lain dapat menilai kita. Konon nya kalau kita x mengikuti peredaran fesyen semasa kita dianggap 'kolot' Tambahan lagi bagi org2 yang bekerjaya. Mereka pasti inginkan imej yang menarik. Selain itu melalui pakaian seseorang juga boleh memberikan penampilan yang pelbagai. Antaranya anda akan tampak lebih muda, tua, kurus,dan gempal. Paling menyeronokkan apabila pakaian yang dikenakan oleh anda mendapat pujian daripada suami dan rakan sepejabat. Walaubagaimanapun dalam keasyikan kita berfesyen jangan sesekali melanggar syariat yang ditetapkan. Jangan kerana ingin cantik, dosa bertambah. Mari kita lihat apa fesyen sebagai seoarang muslimah. :)

1) Tidak Memakai Pakaian Yang Ketat sehingga menampakkan susuk tubuh anda. Selain itu ia tidak disukai didalam Islam, pakaian ini juga boleh menyebabkan kesihatan anda terganggu. Terutamanya perjalanan darah. Rasululullah s.a.w pernah melihat isteri seorang sahabat yang memakai pakaian yang diperbuat daripada kain tebal, tetapi menampakkan bentuk badannya. Lantas baginda menegur kepada suaminya."Suruhlah dia memakai baju dalam di sebaliknya kerana aku bimbang ia menggambarkan bentuk tulangnya".(Sunan al-Baihaqi dengan sanad yang hasan)

2) Melabuhkan tudung ke paras dada. Tujuan melabuhkan tudung hingga menutupi dada adalah sangat baik supaya ia tidak menjadi perhatian.

3) Tidak memakai pakaian yang jarang. Pakaian yang jarang adalah bukan pakaian seorang muslim sebenarnya. Memakai pakaian yang jarang umpama kita tidak memakai pakaian."Rasulullah bersabda, pada akhir umatku nanti akan ada wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang".(Mu'jam al-Thabrani dengan sanad yang sahih)

4) Tidak memakai pakaian yang menyerupai lelaki. Anda dilahirkan didalam fitrah seorang perempuan mengapa perlu bertukar menyerupai lelaki ? Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dalam kitab sahihnya,"Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita menyerupai lelaki".

5) Menutup aurat sepenuhnya. Sebagai seorang muslim sudah seharusnya kita menutup aurat sepenuhnya walaupun hanya sehelai rambut. Allah s.w.t berfirman, "dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya.Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka."(Surah an-Nur ayat - 31)


So sama2 lah kita cuba renungkan... Segala yg diwajibkan dalam islam adalah perkara yg terbaik utk diri kita sebenarnya. Cuma kita kadang2 anggap yg wajib itu sesuatu yg berat utk kita buat dan ikuti. Cuba kita pandang segala kebaikan yg ada dalam syarat2 wajib tersebut dah tentu ianya menjadi ringan buat diri kita. :)