Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Wednesday 28 September 2011

Ingin bersikap lebih matang :)

Susah ke seseorang tu menjadi seorang yg matang dalam apa jua aspek dan kehidupan seharian yg mereka lalui. Ya aku akui aku bukan laaa seorang yg matang sgt dalam membuat sesuatu keputusan atau pilihan. Aku hanya hambaNYA yg lemah dan sering membuat kesilapan. Kadang2 kita alpa dgn duniawi. Jauh di sudut hati aku yang aku tahu yang dunia ini adalah pinjaman dari Yang Maha Esa, ianya bersifat sementara. Jodoh pertemuan, ajal maut, kiamat semuanya adalah rahsia Allah swt. Betapa besarnya kebesaran Allah swt yg dapat kita rasakan.





Dalam pada masalah yg dihadapi beberapa hari yg lalu. Aku sedar yg aku tidak sematang mana dalam membuat keputusan. Aku tidak bersikap adil dgn org yg tidak bersalah. Aku hanya mendengar dan menyebelahi kepda sebelah pihak. Ya Allah mujur lah aku cepat tersedar dgn apa yg aku lakukan, sikap dan tindakan aku pada org yg tidak besalah. Dan aku juga tewlah membetulkan keadaan dan situasi yg sebenar. Kami juga telah bermaaf maafan. Ya la kan kita satu keluarga kalau bermasam muka jadi tak senang duduk dibuatnya. Pusing2 mana pun pasti kita akan ketemu dia. Baik lah kita jgn panjangkan masalah yg sedia ada ini. *dari situ dah nampak aku dah matang skit.. hehehe...





Ya Allah.... sesungguhnya aku memohon kepadaMU, jauhi lah aku dari sebarang hasutan syaitan yg boleh melalikan aku dari melakukan ibadat2 ku. Aku ingin menjadi hambaMU yg taat kepada perintahMU. Dan aku memohon semoga Allah swt memberi sinar dalam kehidupan seharianku bersama keluarga yg tercinta.

Dalam pada menyedari kesilapan yg pernah aku lakukan sepanjang kehidupan aku selama ini.. aku juga ada terdetik di jauh sudut hati ini ingin membuat satu perubahan dalam diri. Insyaallah ianya akan berlaku sedikit demi sedikit. Aku ingin mengukuhkan segala ibadat yg wajib kita tunaikan... insyaallah... selepas tu barulah mulakan penghijrahan yg mengjurus kepada wanita soleha... insyaallah mudah mudahan... amin... :)




Terima kasih kepada suami tercinta yg sgt memahami, membimbing dan menyokong si isteri nya nii...... :) i luv u so much..... :)


p/s: sumber gambar dari "I LUV ISLAM.COM"

No comments:

Post a Comment