Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Sunday 23 October 2011

Berfikirlah secara positif



Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.


Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.

Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu yang dirinya hidup dalam kesusahan tetapi masih juga keluar untuk bermain-main, walaupun ibunya sudah berpesan agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak boleh memasuki rumah. Anak perempuannya itu harus diberi pengajaran, fikir ibunya dengan geram.

Pulang dari menjual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dengan tulisan kecil yang ada dikertas adalah hasil tulisan tangan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, hari ini adalah hari istimewa buat mama, saya belikan biskut kecil ini sebagai hadiah buat mama, saya tidak mepunyai duit yang cukup untuk membeli biskut yang besar buat mama… Selamat ulang tahun buat mama...”



KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.

Moral of the story: Berfikirlah secara positif.. kerana berfikir secara negatif boleh buat kita menyesal seumur hidup kita... :)

No comments:

Post a Comment