Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Friday 28 October 2011

Saya punya ok...!!!! :)

Thanks to my hubby yg sgt baik hati kerana telah murah hati memberi aku sesuatu yg aku suka.. Walaupun ianya adalah barang yg hubby dah pernah guna tapi saya idok kisah ok...!!! janji itu saya yg punya hehehehehehe.... So tak payah berebut nak guna benda ni dah sebab hubby dah beli dia punya yg baru so yg lama sudah menjadi milik aku.. thanks yaaa my hubby.. mmmmuuuuuaaaahhhh for you.. :)



Walaupun hanya notebook tapi ianya sgt berguna utk aku.. So now aku dah boleh rajin update blog walaupun di rumah yeee... :) *skin tu aku baru tampal yer :p


Thanks a lot to my hubby.... :)

Thursday 27 October 2011

Nasi Lemak Ziemil Corner

26 Oktober 2011 adalah hari sambutan depavali bagi kaum india dan juga jatuh pada hari rabu *sungguh tak best,kalau jumaat kan best boleh sambung sabtu ahad,huhhhh nyahat nya aku nii... So aku cuti hubby pun cuti kan.. Pagi2 lagi aku dah dera hubby suoh bangun awal.. Sebenarnya nak gi rasa nasi lemak kat Taman Melawati.. Nama warung dia adalah Ziemil Corner betul2 berada di selekoh berdekatan dengan simpang yang ada traffic light.. Agak2 kawan2 yg tak biasa dengan area Taman Melawati tau ke dok erk..?? Huhhh sory la aku tak pandai sgt nak bagi direction kalau aku drive or tunjuk kat mana tempat tu aku reti la hehehehehehe.. :)



Kalau uols nampak signboard cam gini itulah warung nya...


So sampai je kat warung tu aku nampak ramai sgt org kat sana.. Parking juga adalah sgt terhad di situ.. Berebut-rebut plak tu *nyampah mak tau.. Dengan keadaan di situ yg agak sesak aku mengambil keputusan utk tapau sahaja.. Umair plak tido so mcm keadaan adalah sgt tidak mengizinkan utk kami makan di situ.. So hubby gi tolong tapau kan..



Begini lah keadaan jika anda ingin membeli ns lemak di sini ye... harap bersabar semua... :)


Rasa nasi lemak nya plak bagi aku tak laaa meletop sgt.. biasa2 jer cuma aku suka kat nasi dia tu.. memang sedap nasi nya.. sambal pulak rasa nya adalah biasa2 aje ye.. tu pendapat tekak aku.. tekak anda2 semua tak tau la kalau ada yg rasa sedap kan.. tapi bagi tekak aku ianya adalah biasa2 aje.. ayam goreng dia sedap okssss....!!! ayam kampung weyyyy mmg arr sedap kan.. nyesal aku tak amik ayam dia.. so hanya culik hubby nya cikit.. takpe2 next time harus amik ayam goreng dia..



Kasi tempek skit gambor nasi lemak itu.. huhuhuhuhu......


Ada sape2 tau kat mana ada nasi lemak yg sedap2 lagi.. suka lah nak try2.. hehehehe.. :)

Tuesday 25 October 2011

Hatiku Milikmu




Pernahkah engkau hargai
Cintaku yang sejati
Pernahkah engkau mengertikan
Diriku ini

Betapa hebatnya cintamu
Memberiku sejuta pilu
Betapa agungnya asmaramu
Membuatku terpaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Ku sayang padamu

Kan ku abadikan dikau
Sewaktu kenangan yang manis
Yang tak mungkin aku lupa
Untuk selamanya

Kan ku coretkan kenanganmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Bagai bahtera dilanda badai
Gelora cinta mengoncang jiwaku
Berombak mencari daratan yang damai
Oh cintaku

Di sisimu aku terdiam seribu bahasa
Di hatiku bergetar sejuta rasa
Namun sukar untuk aku meluahkan
Ku cinta padamu

Nafasku terhenti bila melihat dirimu
Terasa pantas degupan jantungku ini
Mungkinkah hatiku milikmu jua
Aku sayang padamu

Kanku coretkan kenangananmu
Dalam sanubariku ini
Agar jadi yang terindah
Di dalam hidupku ini


Mood: Romantic with Hubby... :) *ngada nye kan....huhuhuhu

Sunday 23 October 2011

Berfikirlah secara positif



Seorang ibu tunggal yang miskin Siu Lan mempunyai anak berumur 7 tahun bernama Lie Mei. Kemiskinan membuat Lie Mei perlu membantu ibunya menjual kuih dipasar.Kerana miskin Lie Mei tidak pernah meminta-minta dan bermanja-manja dengan ibunya.

Pada satu musim sejuk,semasa baru siap membuat kuih, Siu Lan melihat bakul kuihnya sudah rosak dan Siu Lan berpesan kepada Lie Mei supaya menunggu dirumah kerana dia mahu membeli bakul baru.


Semasa pulang Siu Lan tidak menemui Lie Mei di rumah.

Siu Lan sangat marah. Anak perempuannya itu benar-benar tidak tahu yang dirinya hidup dalam kesusahan tetapi masih juga keluar untuk bermain-main, walaupun ibunya sudah berpesan agar menunggu sahaja di rumah.

Akhirnya Siu Lan pergi sendiri menjual kuih dan sebagai hukuman pintu rumahnya dikunci dari luar agar Lie Mei tidak boleh memasuki rumah. Anak perempuannya itu harus diberi pengajaran, fikir ibunya dengan geram.

Pulang dari menjual kuih, Siu Lan menemui Lie Mei, gadis kecil itu terbaring di depan pintu. Siu Lan berlari memeluk Lie Mei yang membeku dan sudah tidak bernyawa.

Jeritan Siu Lan memecah kebekuan salji masa itu. Dia menangis meraung-raung, tetapi Lie Mei tetap tidak bergerak.

Dengan segera Siu Lan memdokong Lie Mei masuk kerumah. Siu Lan menggoncang-goncang tubuh beku gadis kecilnya sambil meneriakkan nama Lie Mei.

Tiba-tiba sebuah bungkusan kecil jatuh dari tangan Lie Mei. Siu Lan mengambil bungkusan kecil itu dan membuka isinya.

Isinya ialah sebuah biskut kecil yg dibungkus kertas usang dengan tulisan kecil yang ada dikertas adalah hasil tulisan tangan Lie Mei yang comot tetapi dapat dibaca.

“Mama pasti lupa, hari ini adalah hari istimewa buat mama, saya belikan biskut kecil ini sebagai hadiah buat mama, saya tidak mepunyai duit yang cukup untuk membeli biskut yang besar buat mama… Selamat ulang tahun buat mama...”



KISAH NYATA ini dimuat di harian* Xia Wen Pao-Cina, thn 2007.

Moral of the story: Berfikirlah secara positif.. kerana berfikir secara negatif boleh buat kita menyesal seumur hidup kita... :)

Wednesday 19 October 2011

Deco...???

Suka sangat..............!!!!!!! My uncle "pakteh" bagi aku hadiah..... hahahahahaha lambat kan tapi takpe sebab apa yg aku dapat ni aku boleh mencantikkan rumah aku yg sediakala comel dimata aku dan hubby tuuu.. Tapi masih belum ada idea nak letak kat sudut mana. Sebab rumah aku boleh tahan byk dah koleksi bunga aku. Emmm camna niii...?? Aku cuba nak wujudkan satu konsep yg tetap utk rumah aku tu tapi masih buntu konsep apa yg sesuai. Rumah tak lah besar mana tapi rupanya bukan senang nak timbulkan idea untuk mencantikkan sesebuah rumah. So aku dan hubby menghias laa mengikut sedap mata kitorang. Oklah nanti next entry aku tunjuk sikit gambar ruang tamu aku yeee... :)


Taraaaaaaaa ni la hadiah yg aku dapat dari Pakteh aku... :)


Terus, terus dan terus memikir kat sudut mana nak letak niii.... :/

Tuesday 18 October 2011

Anggapanmu




Sekebun cinta nan berbunga
Megah berdiri nan berduri
Aku yang asli
Di dalam mekar
Bila terbit mentari
Menguntumlah

Sejambak cinta nan berbunga
Megah berdiri nan tiada
Mekar dan kukuh
Bau dan kaku
Itulah pilihan ku
Aku di taman hanya perhiasan
Mata umum

Hanya mampu ku melihat
Kecurangan warna bunga
Idamanmu
Berbaja tiada

Sedang aku anggapanmu
Menyusahkan untuk
Meraih impian
Terlontar ku di halaman

Pemusnah ku adalah kumbang
Runtuh bila ku kelayuan
Impian mu hanyalah masa
Untuk menikmati segala
Belum pasti
Dirimu bahgia



Suka sgt lagu niiii.... :)

Sunday 16 October 2011

Beg

Si bujang aku ni sekarang sedang kemaruk nak bawak beg sendiri... hehehehe mulanya aku saja je test suruh dia pakai beg tu lastly dia meronta tak bagi kita amik beg tu dari dia. Ohhhh dah besar dah nak ummi ni yeee. Dah pandai nak bawak beg sendiri. Ok2... i buy for you sayang. :)
And now setiap kali nak keluar dia akan pastikan beg dah tersangkut kat bahu dia pastu dia akan cari shoes dia. Bijak anak ummi ni yeeee... Aku pun letak laaa pampers and botol air masak dia. But aku akan pastikan benda yg ada dalam beg dia tu tak membebankan dia. Nanti sakit bahu dia dan takut nanti dia serik plak nak bawak beg tu. So far dia sgt selesa dgn beg dia tu... :)


Ni gambar yg sempat aku snap masa kami sekeluarga berjalan2 di jln TAR pada sabtu lepas.


Sangat bahagia bila anak membesar dgn cergas dan sihat. Alhamdulillah... :)

Pengalaman yg tak akan dilupakan

Sob...Sob...Sob... Ya Allah pertama kali aku meraung di hadapan khalayak ramai. Bayangkan laa betapa ramainya orang yang ada di Lot 10 shopping mall. Demi anak... seorang ibu tak akan hirau apa yg orang nak kata padanya. Itulah yg seorang ibu akan buat pada anaknya.

Kejadian ni berlaku pada tanggal 9 OKT 2011... akan ku ingat sampai bila2. Dan kejadian juga berlaku di sebuah restoran di Lot 10. Di mana kesemua yg makan sudah pun selesai menghabiskan makanan masing2. Memang dah nak gerak dah semua dari restoran tu, tapi perkara dah nak jadikan macam mana kita cuba mengelak pun mesti kita terkena juga kan. Aku yg masih belum bangun dari tempat duduk dan masih sempat berborak memang leka ketika itu. Hubby pula dah bawa umair main di bahagian luar restoran tu.. dan dgn tiba2 nya aku terdengar anak aku meraung dengan kuatnya. :(

Aku berlari dapatkan umair dan finally hati seorang ibu ni telah hancur remuk bila melihat mata permata hatinya tu penuh dengan darah.. Ya Allah kuatkan la hatiku ini dah selamatkan lah anakku... itulah yg terucap di mulut aku ketika itu... tanpa diduga aku mula menangis tanpa menghiraukan org kat sekeliling aku.. aku tanya hubby apa yg terjadi, rupanya umair dah terhantuk pada bucu meja kat restoran tu. Memang berlaku sepantas kilat, Mujur lah hospital yg berdekatan ada. Terus aku dan hubby ke Prince Court Medical Centre. Aku bawa umair terus ke bahagian kecemasan. Doktor buat rawatan sepenuhnya kat umair. Alhamdulillah luka dibawah mata umair tu tak perlu dijahit dan tiada kecederaan dalam mata. Doktor kata insyaallah dalam masa seminggu bengkak dan luka tu akan surut. Leganya hati aku mendengarnya. Tapi hati masih lagi sayu tengok dia meronta masa doktor tgh cuci luka tu, ye lah sakit kan sayang... :(

Ni laaaa rupa luka di bawah mata umair :(

Now dah seminggu dan apa yg doktor jangkakan adalah tepat. Luka dan bengkak di mata umair dah surut. Alhamdulillah sayang ummi dah pulih. Sekarang dah kembali aktif seperti sediakala. Agaknya dia lupa kot kesakitan minggu lalu atau budak2 memang tak akan ada rasa serik ye...?? Walau macam mana lasak umair pon aku dan hubby sekarang lebih berhati2 dan sentiasa awasi apa yg dia buat. Aku dan hubby memang serik dan takut kalau terjadi benda yg sama.

Walau apa pun ummi dan walid akan hadapi setiap dugaan dariNYA dengan tenang. Itulah kenangan pahit dan manis membesarkan kamu sayang... :)


Be a good boy yeee sayang.... :)

Wednesday 12 October 2011

Betul2 BUSY atau Buat2 BUSY....???

Dah lama tak menulis.... cer.. cer.. tgk tajuk aku tuuu... hehehehehe... uols rasa yg mane sesuai utk aku..?? ermm nak kata betul2 busy x jugak nak kata buat2 busy ermmm ye kot... hehehehe... emmm so ni aku nak cite la sikit kan aku ni kalau dah kat rumah mmg aku x kan ngadap nye laptop ke pc ke... hp pon kadang2 aku x nengok.. emmmm so harap kan masa yg ada kat ofis ni.... kat ofis plak keje2 yang ada ni x mengizinkan aku utk mencuri masa yg ada *bunyi nya cam aku ni seorang pekerja yg cemerlang kan... hehehehehe... xpe2 pas ni aku try merajinkan diri utk mengupdate blog ni ye... :)