Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Wednesday 25 January 2012

Al-Fatihah buat Arwah Izwan Pilus

SHAH ALAM - Penyanyi lagu Kembali Senyum, Izwan Pilus mengembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 6.15 petang tadi, di sebuah hospital di Ampang, disyaki akibat jangkitan kuman di dalam darah.
Perkara itu disahkan adiknya, Aril Akademi Fantasia 7 (AF7) menerusi mesej Twitternya.
Izwan atau nama sebenarnya, Khairil Izwan Pilus merupakan bekas peserta Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006.
Sementara itu rakan baiknya, Hairi memberitahu, arwah dikejarkan ke hospital malam tadi selepas mengadu sesak nafas.
Jenazah dibawa ke kampung halamannya di Jasin, Melaka untuk dikebumikan pagi esok.
Arwah sebelum ini, menerusi Twitternya pernah mengadu masalah kesihatan.
Antaranya, tulisan terakhir 18 Januari lalu antara lain berbunyi: "Tidak Lena tidor malam tadi sebab perut 'bloated' dek minum protien... Huh!! 'So I need my sleep now'!!!"
Allahyarham merupakan bekas finalis Bintang RTM 2004 dan pernah merakamkan album Erti Kasih pada 2006 dan popular dengan lagu berjudul 'Kembali Senyum', sebuah lagu asal daripada drama Korea 'Full House' yang diadun semula dalam versi Melayu.
Pada Disember lalu, Allahyarham yang merupakan anak kedua daripada empat beradik, bersama adiknya, Aril, dimasukkan ke hospital Pusrawi selepas
demam panas berpanjangan selama seminggu.

Sumber Berita: www.sinarharian.com.my



Suber gambar dari "Mr Google"


Pemergiannya tak disangka sama sekali, tapi inilah lumrah kehidupan yg hidup pasti akan meninggalkan dunia yg fana ini cumanya masa,tempat dan bagaimana kematian kita nanti sahaja yg menjadi rahsia antara kita dan Allah swt. Sama2 lah kita doakan agar rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di golongan org2 yg beriman. Amin...


*Sepanjang hayat arwah aku tak lah berapa mengikut perkembangan beliau tapi serius bab lagu2 yg arwah pernah nyanyikan menjadi minat aku. Lagu beliau best2 belaka. Dan kini semuanya hanya tinggal kenangan.

1 comment:

  1. betul la kak..sedih bila dengar pemergian arwah..sbb selama dia jadi artis..ateh tak pernah pandang or rasa dia popular..tapi bila pk pk balik...dia artis yang tak ada gossip2 liar atau berperangai tak senonoh...al-fatihah.... semoga rohnya dicucuri rahmat...

    ReplyDelete