Klik...! Klik...! Klik...! Jangan x Klik...!

Wednesday 29 February 2012

Sebelum dan Selepas :)

Umair sgt2 suka main air.. bila kat rumah kalau x main air kat luar x sah ye kwn2.. nak tak nak sebagai seorang mak terpaksa la melayan anak sebelum dia meronta dan berguling2 memberontak... ohhhhh situasi seperti itu sgt lah aku dan hubby x suka.. boleh menguji tahap kesabaran aku dan hubby sebagai seorang ibubapa.. so bila weekends kita kasi dia enjoy seperti di taman tema air padahalnya main air paip kat luar rumah je pon cuma enjoy yg Umair tunjukkan sgt lah meng'happy' kan aku dan hubby.. so aku tempek sikit gambar dia time dia main air ye..




Hokeyyyy itu adalah gambar sebelum2 ini ye....

Tapi baru2 nii aku dan hubby bincang dan amik keputusan utk belikan dia pool yg comel.. bukan apa cam kesian plak dia main air guna paip getah kat luar rumah tu jer.. bila ada pool at least leh la dia swim ala2 itik gembo2 kan.. aku and hubby blikan dia pool kecik jerk sebab laman rumah aku bukan la besar sgt lagipon susah nak simpan.. so kitorang blikan yg comel and sedang2 saje.. Hokeyyyy kat bawah ni aku letak gambar2 dia selepas mamiliki pool yg comel.. :)





So sekarang Umair dah bertambah enjoy bermain air.. :)

Tuesday 28 February 2012

WordlessWednesday - Bersyukurlah seadanya


Bersyukurlah dgn kehidupan kita sekarang...
Bersyukurlah seadanya...

*peringatan utk diri sendiri juga

Thursday 23 February 2012

Tahniah Lisa Surihani & Yusri

Tahniah buat pasangan Lisa Surihani dan Yusri telah selamat bergelar pasangan suami isteri pada 23 Febuari 2012 tepat jam 9 malam tadi. Majlis akad nikah mereka berlangsung di Ballroom Marriott Hotel Putrajaya. Pasangan ini juga dinikahkan sendiri oleh abang Lisa Surihani iaitu Mohamed Azan Mohamed dengan disaksikan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Sepang.


Sedikit gambar buat tatapan semua..... *sumber dari Mr Google









Semoga perkahwinan mereka kekal hingga ke akhir hayat.. Amin.. :)

Friday 17 February 2012

Migrain @ Sakit kepala

Semalam 16 Feb 2012 aku terpaksa amik MC... MC yg pertama di tahun 2012... Sgt2 x suka tau cam masih terlalu awal tuk amik MC kan.... Tapi nak buat macam mana migrain yg serang aku pada hari sebelumnya sgt tidak memberi kerjasama utk aku nak bangun dan bersiap utk ke office. Aku mmg ada penyakit ni dari zaman sekolah menengah lagi. Aku jarang diserang migrain ni tapi bila dah kena serang mmg kepala langsung x boleh nak angkat. Time tu aku akan lembik siap loya dan muntah2 lagi. Uhhhhh berdenyut kat kepala masa tu hanya Allah swt yg tahu. Selalunya akau akan terus telan ubat tahan sakit bila dah telan tuu boleh la lega kan sakit tu tapi kadang2 bila aku akan paksa mata mengadap PC dia akn menyerang balik. Salah satu faktor aku diserang ni aku ni seorang yg rabun jauh dan silau tapi adalah seorang yg sgt degil nak pakai cermin mata.Contact lens pon malas nak pakai. Memang pemalas tahap gaban kan aku ni. Bila org yg rabun x pakai cermin mata boleh jd stress tau bila nak melihat benda yg agak jarak jauh. Stress tu la penyebab migrain pon menyerang. Penyebab kedua pula aku sgt ketagih dgn nescafe. Satu hari tak minum serba tak kena dibuatnya. Org yg ada penyakit seperti migrain mmg alah dgn benda yg ber'caffeine'. So semalam aku dah kena leter ngan doktor. Kalau boleh doktor x nak aku bergantung pada ubat migrain tu sepanjang hayat aku. So dia advice supaya aku stop minum minuman yg ber'caffeine' dan tolong la gunakan cermin mata sebaik mungkin kalau boleh cermin mata hanya perlu dibuka jika nak mandi,solat dan tido. Ohhhh aku rasa sgt lah membebankan jika cermin mata sentiasa bertenggek di hidung aku yg tak berapa nak mancung ni. Tapi apa boleh buat dah ditakdirkan aku ni rabun dan ada penyakit miigrain ni. Walau bagaimanapun aku tetap bersyukur yg Allah swt menguji aku dgn perkara2 kecil sebegini masih ada yg lain diuji dgn perkara yg lebih besar kan so lebih baik aku ikut advice yg doktor bagi tu kan. Mana tahu penyakit aku ni boleh pulih. Insyaallah.... :)



Ubat migrain ni doktor masih bekalkan utk aku... *buat spare dikala diserang


Info tentang penyakit Migrain:

Migraine berasal daripada perkataan Greek 'hemikrania' yang bermaksud sebelah tengkorak atau dikenali juga sebagai vascular headache. Migraine diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu Classic Migraine dan Common Migraine.

1) Classic Migraine

Menurut kajian, hampir 10 hingga 15% pesakit mengalami Classic Migrain. 10 hingga 30 minit sebelum berlaku, tanda-tanda awal yang juga dikenali sebagai aura ataupun prodrome akan berlaku dalam masa 5 hingga 15 minit. Antara tanda-tanda yang sering berlaku ialah terlihat cahaya terang(bright spots), garisan zigzag (zigzag lines), penglihatan berganda (double vision), buta sementara (temporary blindness), kebas (numbness), kepala terasa berpusing (dizziness), pening (drowsiness), sukar bercakap (slurred speech) dan keliru (confusion). Setelah tanda-tanda ini hilang, barulah migraine menyerang.

Aura terjadi kerana tisu saluran darah yang menghantar darah ke otak mengecil seketika menyebabkan penghantaran darah terhad. Sekaligus menyebabkan gangguan pada saraf rasa dan pengawalan motor. Pengaliran darah akan bertambah hanya selepas beberapa jam aura terjadi dan sakit kepala bermula.

2) Common Migraine

Common Migraine lebih kerap berlaku dan ia terus berlaku tanpa tanda-tanda awal.


Migraine berlaku apabila saluran darah mengembang dan mengecut dengan cepat dan ia sering dikaitkan dengan proses pembengkakan (inflammasi). Punca utama berlakunya migraine ialah:

a) Pemakanan

Pengambilan makanan yang mengandungi monosodium glutamate (MSG), cheese, nitrate, coklat, kekacang, alcohol, dan aspartame boleh menyebabkan kamu diserang migraine kerana ada diantara makanan itu mengandungi tyramine atau phenylethylamin yang boleh bertindak mengembangkan salur darah. Diet yang menurunkan kandungan gula dalam darah, tidak makan atau lambat makan mengikut jadual, serta kerap minum minuman yang mengandungi kafein seperti kopi, teh, Nescafe, coke atau pepsi juga boleh menyebabkan migraine kerana bahan ini juga boleh menyebabkan saluran darah mengembang.

b) Hormone

Bagi perempuan, turun naik hormone estrogen sebelum, semasa, dan selepas haid akan menyebabkan sering diserang sakit kepala.

c) Cara hidup

Berlakunya pertukaran waktu jaga dan waktu tidur, terlebih atau terkurang tidur juga menyebabkan migraine. Bagi pelajar yang gemar belajar last minit dan mengabaikan makan dan tidur, akan menyebabkan mudah diserang migraine. Pengambilan ubat-ubatan, keturunan, perubahan cuaca, bunyi bising, menonton tv atau memandang skrin computer terlalu lama, stress, tekanan emosi dan merokok juga merupakan punca-punca diserang migraine.

Cara mengurangkan kesakitan migraine :

Mengawal pemakanan harian, kurangkan stress dengan bersenam, amalkan cara hidup teratur, berbaring di tempat gelap dan sunyi sewaktu tanda-tanda awal migraine. Mulakan mandian dari bawah keatas (kaki, badan, kepala), dengan cara ini mungkin boleh membantu kita mengelakkan diri diserang migraine.

Jangan biarkan sakit kepala berlarutan kerana mungkin akan menyebabkan migraine. Kalau kita mencapai tahap kritikal migraine, boleh menyebabkan muntah, pening, cirit-birit serta sensitive kepada bunyi dan cahaya.

Sumber rujukan buku Perubatan Moden.

Friday 10 February 2012

Semakin hari semakin "busy"


Gambar hanya hiasan semata-mata..! *keadaan sebenar x lah seteruk ni ye kwn2..!


Assalamualaikum.... terlalu lama blog aku terbiar. Kerja di pejabat dan di rumah juga tidak mengizinkan aku meluangkan sedikit masa pun utk nak buat entry2 baru. Ni pun aku curi masa sikit dan aku cam rasa 'eeeeeeeeee x best nye blog aku... cam x bertuan jer blog aku ni. So if aku dah agak tak busy boleh la mula bereloteh skit kat blog aku ni. Emmmmm byk benda nak diceritakan tapi tu lah masa amat tidak mengizinkan. Insyaallah bila keadaan serba serbi dah stabil aku akn rajin mengupdate la yerrrrr....